Subscribe News Feed Subscribe Comments

Model Seksi

Tengah-tengah syok duk layan facebook tetiba aku terjumpa gambar seorang model paling seksi yang cun melecun. Boleh kalah miss universe.

Nah, ini gambar model yang cun tahap gaban. haha



Cantik nak mampus kan. Apa yang aku tahu model ni dijumpai di Sarawak tapi kawasan mana aku tak sure. Layan saja. zassss.....

11 Things That Need to Avoid

1. Answer the phone by LEFT ear.

2. Do not drink coffee TWICE a day.

3. Do not take pills with COOL water.

4. Do not have HUGE meals after 5pm.

5. Reduce the amount of OILY food you consume

6. Drink more WATER in the morning, less at night.

7. Keep your distance from handphone CHARGERS.

8. Do not use headphones earphone for LONG period of time.

9. Best sleeping time from 10pm at night to 6am in the morning.

10. Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.

11. When bettery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.


syok.org

Email daripada VVIP

Seperti yang aku janjikan pada post yang lepas, ni dia email yang aku dapat kementerian belia dan sukan..hehe


Ianya memang benar kan..? hehe

23sudah

Semalam genap umur aku 23 tahun. Terasa macam dah tua sangat. Aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi ucapan dekat aku either through sms, mms, facebook, email, ym and face to face. Mana-mana masej yang aku belum ucap terima kasih maaf sangat sebab terlalu ramai yang wish. Tak sempat pula aku nak membalasnya. Dan kawan-kawan dekat facebook, sorry sangat-sangat semalam internet rumah aku server down.

Tapi kan dalam banyak-banyak masej yang aku terima, paling aku terharu bila dapat email daripada Datuk Shabery Chik. Sepanjang hidup tahun nilah dapat ucapan yang paling bermakna sekali. Tak apa nanti aku print screen kan email tu dan post kat sini.

Domain Baru

Memerah idea untuk post pertama di tahun ini sangat mencabar minda aku. Di tambah pula dengan kesibukan aku setiap hari sehingga aku jadi feed up nak update blog ni. Semuanya membebankan aku. Dan tak mustahil aku akan jadi sewel nanti (oh,tidak!).

Kali ini aku nak berkongsi dengan korang pasal blog domain dan blogspot. Aku mula berbloging dengan blogspot selepas di ajar oleh sorang kawan aku. Mula-mula aku buat ni sebenarnya terpengaruh dengan member-member sebab masa tu memang trend tunjuk blog (time facebook tak pemes lagi kat mesia). Boleh dikatakan semua pergerakan nak di cerikan dalam blog. Then, lepas aku stop sekejap blogging awal tahun ni, aku ada terbaca artikel pasal kelebihan blog domain.
Apa lagi, aku pun start search kat google pasal domain + hosting ni pasal apa.

Agaknya bila sudah cukup info yang aku kutip dekat google pasal domain ni, aku pun pasang niat nak beli satu domain + hosting untuk luaskan lagi skop blogging ni. Dan kebetulan juga pada masa aku terkial-kial nak belajar pasal domain blog, aku terjumpa bro Syed Ikhwan iaitu seorang IM yang terkenal. Dari situ aku start belajar berblogging dengan bro Syed dan baru lah aku faham tentang kelebihan domain blog.

Lepas berfikir beberapa kali aku nekad nak beli satu domain sendiri dengan bro Syed. Harga domain + hosting untuk setahun lebih kurang RM 97. Akhirnya, dapat lah aku satu domain sendiri isu-aku.com. Umur blog ni baru seminggu dan traffic nya boleh tahan lah. Mungkin lepas ni aku akan tambah lagi domain blog yang lain.



'kefanatikkan'

di saat jari2 ku menekan keyboard, mata ini dah hampir tutup separuh. hari yang meletihkan dari pagi sampai malam. even jariku dibaluti bau bawang (sebab tadi kupas bawang) tapi ia masih aktif bila diletakkan di atas keyboard. sangat istimewa bukan!

walaupon mata ni dah warning lampu kuning (sambil menjeling katil di sebelah) tanda suruh naik ke tempat peraduan, tapi jari ini masih tak faham. ianya makin aktif sambil bukak new tab untuk facebook dan tv9 (mencari konsert idola kecil 2). sekarang ni aku agak fanatik dengan rancangan idola kecil kat tv9 tu. memang tersangat best. superb best! dan disebabkan tu, setiap kali surfing mesti wajib tengok gambar budak ik2. dorang ni matured n cute. dan disebab 'kefanatikkan' aku pada ik2, each concert yang ada kat youtube tu semua aku dah abis download! dasyat kan..
kat facebook pon aku join all their fan club. *tahap 'kefanatikkan tinggi* hehe..

ok,
mata dah warning lampu merah

so,
i should stop here



~malam ni nak mimpi sape yang akan tersingkir IK2 sabtu ni~

disember

im coming to update my blog for this month. rasa macam tak sampai hati pulak tengok kat collected event bulan disember only one. keseorangan tanpa pasangan! sadis hati ini..hukhuk..
anyway, aku akan menghabiskan the whole day of disember at my kampung since class will start on January. girangnya hati ini..*wink*

my activities on Disember 2009

17/12 - merajinkan diri untuk tolong my aunty kupas2 bawang for my cousin's wedding ceremony
18/12 - wedding ceremony
23/12 - family trip to Langkawi
31/12 - attend for another wedding ceremony

memerah idea utk entry ini

agak lama blog ini tak di update. untuk bulan november there is no entries. sampai dah banyak sesawang kat sini. environment pun dah tak seceria macam dulu. suram dan kelam, macam orang tengah berkabung. sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan di sini tapi setiap kali buka page posting, idea tu hilang tiba2. kesudahannya, sign out dari page blogger.

if we found someting more interesting we'll leave the older. dan memang itu yang berlaku sekarang ni. iye, aku dah teramat addict dengan fb. that's my new hobby. routine aku lepas bangun tido mesti on laptop and buka fb. hah, giler bukan? ianya berterusan sampai sekarang.

cerita kehidupan di rumah sangat membosankan. terasa rindu nak balik s.alam; nak attend class, dgr lecture, buat assignment and the most important thing nak hang out with my buddies.
petang tadi chat with my best fren, discuss aout result yg ntah bile akn keluar.

disember memang familiar dgn kenduri kawin. sampai kdg2 tu sehari sampai ada 2-3 kenduri kawin. hebat sangat ke bulan disember erk? bg yang duduk kat area pantai barat mungkin tak de masalah sangat kalo uat kenduri bulan 12. tapi yang bermasalah for the east cost people yang terpaksa buat kenduri dalam hujan. silap2 buat kenduri dlm air banjir. what to say? dah dieorang pilih disember, redah ajelah. same lah dgn kenduri sepupu aku yang mungkin akan menadah air dari langit next week.

delay

hari peperiksaan makin hampir tapi aku still enjoy. kesedaran sivik belum sampai. semalam berfoya-foya dekat putrajaya sampai pukul 2 pagi. asal nya plan nak pergi bukit cahaya nak bawa kawan dari melaka jalan-jalan. entah macam mana plan ke bukit cahaya di tukar ke putrajaya.

sampai sana round alamanda sekejap. makan2,beli belah then gerak ke perdana putra. sampai makan bekalan yang sengaja di bawa dari rumah. lepak2, posing-posing bergambar sampai tak sedar dah pukul 1.30 pagi. sebelum balik rumah lepak dekat attap minum-minum dulu. dalam pukul 2.30 baru balik rumah.

nak bangun pagi pun liat. nak study apa lagi. plan hari ni pula nak pergi jalan-jalan dekat puncak alam. baca buku nya entah bila. apa nak jadi...

perubahan terkini

I
sudah lama aku tidak mengupdate blog ini. sungguh sepi dan suram saja kelihatan. apakan daya tuntutan kerja lain membataskan aku untuk mengepost sesuatu di sini. sekiranya blog ini ada perasaan macam manusia, aku kira pasti dia akan merajuk. tapi perkara itu adalah mustahil dan aku tahu tidak akan pernah berlaku (sebab itu aku sanggup tinggalkan ia dengan begitu lama).

II
sekarang masaku lebih kepada untuk menjaga 'seorang bayi' yang seronok untuk di layan. banguntidonaktido mesti jenguk baby aku ni. kalau lama tak jenguk habis dia sepahkan laman dengan beribu notifications merah. sakit mata menengoknya. kenalah aku belai dia tiap2 hari. aktiviti aku dengan dia kadang2 sangat memboringkan sebab buat benda yang sama. kena balas komen gambar, komen status orang post new status dll. sampai satu tahap aku rasa nak je upah orang mintak tolong buat semua tu.

III
minggu-minggu terakhir kelas sangat membosankan. kelas ganti pula tak bersesuaian dengan waktu. benda-benda ni membuat aku melakukan tindakan yang sedikit kurang ajar. dalam minggu ini sahaja aku berjaya memontengkan diri 4 kelas. amazing kan. itu belum dikira yang mingu lepas punya. aku rasa lagi la banyak.

IV
untuk yang ke berapa kali entah, aku punya study leave dipotong. semuanya pasal emergency leave selsema babi bulan 7 hari tu. dan yang terkena tempiasnya ialah student macam aku ni. habis kelas terus jawab final. tak ada break langsung. terpaksa aku hadapi final dengan otak yang dah karan ni.

salam aidilfitri 2009

setiap kali hari raya, isi rumah aku mesti tak dapat tidur. bukan sebab tak sabar nak sambut 1 syawal tapi kene siapkan kerja2 kemas rumah. selalunya kiteorang akan start kemas dari luar rumah sampai ke dalam bilik. sebab tu ambik masa yang lama kalau mengemas bila time raya.

sesetengah orang tak berapa suka kalau mengemas last minute, tapi bagi kiteorang part last minute di malam raya is the best time untuk kemas. sambil2 kemas kiteorang akan pasang lagu raya. memang rasa meriah sakan.

ermm..by the way sempena hari raya ni aku nak minta maaf kepada semua pembaca blog aku, followers, kawan2 blogger dan sesiapa ang berkaitan dengan blog aku sekiranya penulisan aku di blog ni ada mengguris hati kamu semua.

selamat hari raya aidilfitri!

ucapan selamat hari raya

aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu-dulu, masuk je bulan puasa dah sibuk2 cari kad raya. sekali beli bukan satu dua tapi banyak keping. untuk cikgu saje dah berapa keping tu tak termasuk member sekelas lagi. membeli kad raya salah satu aktiviti wajib time sekolah dulu. duit belanja sekolah memang dah simpan awal2 sebab nak shopping kad raya.

lepas beli kad raya sibuk pula minta alamat member2. konon nak bagi by pos la tapi last-last by hand juga. yela, sebab budget untuk beli setem dah habiskan untuk kad raya. kalau tulis dalam kad raya tak sah kalau tak tanya berapa pasang baju raya, kuih berapa jenis, balik kampung ke tak dan macam2 soalan pasal raya. untuk memebr2 baik, aku letakkan syiling lima puluh sen dengan seletape kononnya duit raya. dan si kawan tu mesti balas kad raya sekali dengan duit raya.

since aku dah besar sekarang ni, tradisi membeli dan menghantar kad raya sudah lama ditinggalkan. yang ada just ucapan raya. itu pun through sms je pada malam raya. masa malam raya handphone memang tak berenti bunyi dengan mesej. kadang-kadang line pon busy pada malam raya.

bila semua orang dah pandai main internet, kad raya versi elektronik pula wujud. dalam fb,fs,ms,ym,blog dll dah jadi tempat untuk ucap selamat hari raya. aku pon suka juga cara ni sebab ni cara yang paling jimat nak bagi ucapan. dan aku juga banyak terima ucapan raya kat internet ni.



kad raya dari blogger farieyna

cakap-cakap lailatul qadr

banyak cakap2 yang aku dengar pasal malam lailatul qadr. pensyarah aku pon ade juga sebut pasal malam tu akan berlaku pada malam 27 ramadhan (malam tadi). tadi aku ada surfing pasal lailatul qadr ni. ada pendapat mengatakan malam tu dah lepas. ia berlaku pada malam 23. sejauh mana kesahihan antara dua pendapat ini aku tak tahu.

dan ada satu artikel aku baru jumpa pasal kejadian malam lailatul qadr. ia berkenaan 'tips' untuk mencari malam tersebut.

antara isi2 artikel tersebut..

petua oleh imam ghazali dan lain-lain ulama’ untuk cari mencari malam lailatul qadar jika awal ramadhan jatuh pada hari:

i) ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

ii) isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan

iii) selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan

iv) khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan

v) sabtu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

dan ianya telah diakui sendiri oleh sheikh abu hassan, since beliau start baligh, beliau sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas

pada aku hanya siapa yang beruntung saja dapat jumpa malam lailatul qadr. aku pon masih mencari malam yang menjanjikan pahala yang berlipat ganda. sama2 kita mencari nya

situasi sebelum balik kampung

1.
semalam aku tak boleh tidur lagi. panjat katil dah awal tapi mata ni still tak mahu lelap. pusing kanan, pusing kiri, meniarap, melentang dan macam2 aksi tidur aku dah buat untuk lelapkan mata.

pasang yasin through handphone pon susah nak lelap. selalu nya kalo aku pasang zikir or yasin, tak sampai separuh dah lelap. pelik betul mata semalam. nasib baik pukul 4 pagi si mata mengalah. lelap jugak akhirnya.

perasaan nak balik kampung. biasalah. semua benda tak jadi.

2.
seminggu dua ni perasaan malas makin menjadi2. buat benda semua malas. body ngan otak ni nak rilek je keje.

dan hari ni si malas aku menjadi lagi. ponteng kelas dr.N pukul 10 pg tadi tanpa rasa bersalah even kuota absent aku dah nak sampai tahap maximum. housemate pergi kelas, aku sambung tido balik. apenakbuatbilemalassukadekataku.

3.
aku tengok member2 aku rajin je buat assignment. aku pulak duk ngadap laptop je rajin. assignment bertimbun tapi boleh rilek + cool je duk surfing.hehe..

bukak cuti raya ni kene hantar report ib. tapi report tak jalan 1 lagi. kes law untuk presentation langsung tak sentuh. assignment project mpp tak cari lagi bahan. awal october ade test law ngan taxation. keje banyak tapi tak de perasaan nak buat..

4.
selalu nya b4 bukak puasa, pukul 5 dah start masak. tapi sekarang kul 6.30 baru gedek2 nak masuk dapur.

tak de mood langsung nak masak. nak kuar gi beli kat bazar lagi la malasnye.



setelah dikaji, perasaan2 kat atas ni tak akan berpanjangan. lepas balik raya ni ok la kot. :)
....kene ok la sebab lepas raya ni nak buat open house kat umah sewa pulak!

drama teaser

take care of the young lady drama teaser


drama baru

dah lama aku tak post kat blog ni. menyepi tuk seketika. beramal dlm bulan puasa..hik2
tinggal seminggu lagi nak raye tp keje skolah bertimbun. sakit pale eden..

baru ni tengok2 drama korea kat mysoju. tengah2 cari jupe la satu drama ni ' take care of the young lady'. tgk sinopsis dengan pelakon memang best. jadi ape lagi, layannnn jela....



sedihnye :'(




hari ni 1st time aku bukak puasa berdua dengan z.


member laen semua balik umah. sedih glew rase nak nangis... :'(


dah la aku tak de mood nak masak ptg ni. berbukak la dgn ape yang ade.


mak,, nak balik umah!
.
.
.
.
.
.
:'(

soppink raya

semalam aku pegi soppink kat jln tar. meriah giler wooo..baru seminggu puasa tapi orang da sesak bersoppink. nasib baik aku pegi masa da petang sikit tak de la panas sangat. orang2 jual kat situ pon dah ramai aku tengok. kalo duk sana rasa macam esok je dah nak raya. memang tersangat meriah dengan orang + barang2 yang dijual..baju2 raya yang dah jahit pon aku tengok cun2 blake. tapi aku tak de la borong sangat sebab seminggu sebelum puasa tu aku da borong dengan family aku. jadi semalam nafsu membeli tu kurang la sikit ( save budget ). just beli selendang dengan beg je.. yang lebih nye member aku la. lama sangat bersoppink, kiteorang terpaksa berbuka puasa tepi jalan je sebab tak sempat nak beli makanan. tu pon bukak dengan air mineral dengan keropok jln tar yg masin..kesian2..lepas dah reda sikit baru la kiteorang pegi cari makan kat kg baru...




...



sengal time kuar duit


"cantik2.."


test dulu b4 beli

z -> bergaya dgn baju raya idaman

bayar2

what the drama is about..?

"kurang la sikit mak cik.."

sibuk memilih selendang

makan kat tepi jln tar

berbuka dgn keropok yg masin
shasha -> tengah pilih sunglasses
muka letih lepas puas soppink


kekeyangan sampai bersandar kat kete





sejarah baru terbongkar

sejarah yang tercipta...


orang melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan melayu campur inggeris.

Ceritanya....

Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di tanah melayu, ada seorang melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu.

Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat."Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( bermaksud tipu ). Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" .

Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.




-> from syok.org

solat terawih & kelebihannya

selain pahala puasa yang boleh kita kutip, pahala solat terawih jugak boleh kita buat pada bulan ramadhan ni. try la simpan pahala pulak bulan puase ni.. :P


pada mereka2 yang masih tak tahu kelebihan solat terawih, meh aku critakan sikit..mana tahu kot2 lepas ni ase nak pi buat..hehe



kelebihan-kelebihan solat terawih :

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
:> Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
:> Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
:> Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
:> Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
:> Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
:> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
:> Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
:> Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
:> Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
:> Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
:> Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
:> Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
:> Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
:> Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
:> Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
:> Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
:> Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
:> Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
:> Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
:> Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
:> Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
:> Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
:> Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
:> Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
:> Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
:> Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
:> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
:> Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
:> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
:> Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
 
TNB | Distributed by Deluxe Templates