Subscribe News Feed Subscribe Comments

Domain Baru

Memerah idea untuk post pertama di tahun ini sangat mencabar minda aku. Di tambah pula dengan kesibukan aku setiap hari sehingga aku jadi feed up nak update blog ni. Semuanya membebankan aku. Dan tak mustahil aku akan jadi sewel nanti (oh,tidak!).

Kali ini aku nak berkongsi dengan korang pasal blog domain dan blogspot. Aku mula berbloging dengan blogspot selepas di ajar oleh sorang kawan aku. Mula-mula aku buat ni sebenarnya terpengaruh dengan member-member sebab masa tu memang trend tunjuk blog (time facebook tak pemes lagi kat mesia). Boleh dikatakan semua pergerakan nak di cerikan dalam blog. Then, lepas aku stop sekejap blogging awal tahun ni, aku ada terbaca artikel pasal kelebihan blog domain.
Apa lagi, aku pun start search kat google pasal domain + hosting ni pasal apa.

Agaknya bila sudah cukup info yang aku kutip dekat google pasal domain ni, aku pun pasang niat nak beli satu domain + hosting untuk luaskan lagi skop blogging ni. Dan kebetulan juga pada masa aku terkial-kial nak belajar pasal domain blog, aku terjumpa bro Syed Ikhwan iaitu seorang IM yang terkenal. Dari situ aku start belajar berblogging dengan bro Syed dan baru lah aku faham tentang kelebihan domain blog.

Lepas berfikir beberapa kali aku nekad nak beli satu domain sendiri dengan bro Syed. Harga domain + hosting untuk setahun lebih kurang RM 97. Akhirnya, dapat lah aku satu domain sendiri isu-aku.com. Umur blog ni baru seminggu dan traffic nya boleh tahan lah. Mungkin lepas ni aku akan tambah lagi domain blog yang lain.



0 0comments:

 
TNB | Distributed by Deluxe Templates