Subscribe News Feed Subscribe Comments

delay

hari peperiksaan makin hampir tapi aku still enjoy. kesedaran sivik belum sampai. semalam berfoya-foya dekat putrajaya sampai pukul 2 pagi. asal nya plan nak pergi bukit cahaya nak bawa kawan dari melaka jalan-jalan. entah macam mana plan ke bukit cahaya di tukar ke putrajaya.

sampai sana round alamanda sekejap. makan2,beli belah then gerak ke perdana putra. sampai makan bekalan yang sengaja di bawa dari rumah. lepak2, posing-posing bergambar sampai tak sedar dah pukul 1.30 pagi. sebelum balik rumah lepak dekat attap minum-minum dulu. dalam pukul 2.30 baru balik rumah.

nak bangun pagi pun liat. nak study apa lagi. plan hari ni pula nak pergi jalan-jalan dekat puncak alam. baca buku nya entah bila. apa nak jadi...

perubahan terkini

I
sudah lama aku tidak mengupdate blog ini. sungguh sepi dan suram saja kelihatan. apakan daya tuntutan kerja lain membataskan aku untuk mengepost sesuatu di sini. sekiranya blog ini ada perasaan macam manusia, aku kira pasti dia akan merajuk. tapi perkara itu adalah mustahil dan aku tahu tidak akan pernah berlaku (sebab itu aku sanggup tinggalkan ia dengan begitu lama).

II
sekarang masaku lebih kepada untuk menjaga 'seorang bayi' yang seronok untuk di layan. banguntidonaktido mesti jenguk baby aku ni. kalau lama tak jenguk habis dia sepahkan laman dengan beribu notifications merah. sakit mata menengoknya. kenalah aku belai dia tiap2 hari. aktiviti aku dengan dia kadang2 sangat memboringkan sebab buat benda yang sama. kena balas komen gambar, komen status orang post new status dll. sampai satu tahap aku rasa nak je upah orang mintak tolong buat semua tu.

III
minggu-minggu terakhir kelas sangat membosankan. kelas ganti pula tak bersesuaian dengan waktu. benda-benda ni membuat aku melakukan tindakan yang sedikit kurang ajar. dalam minggu ini sahaja aku berjaya memontengkan diri 4 kelas. amazing kan. itu belum dikira yang mingu lepas punya. aku rasa lagi la banyak.

IV
untuk yang ke berapa kali entah, aku punya study leave dipotong. semuanya pasal emergency leave selsema babi bulan 7 hari tu. dan yang terkena tempiasnya ialah student macam aku ni. habis kelas terus jawab final. tak ada break langsung. terpaksa aku hadapi final dengan otak yang dah karan ni.
 
TNB | Distributed by Deluxe Templates