Subscribe News Feed Subscribe Comments

:Promosi Filem 'Talentime' dan 'Skrip 7707':






2 hari lepas ade sorang akak dari fakulti TEKA datang kat bilik aku. Mula-mula aku ingat die nak jual kuih, so aku tak la layan mana.

Then, lepas bagi chance kat akak tu terang ape yang die jual tiket promosi filem terbaru Yasmin Ahmad ngan Prof.Razak Mohaidin, aku cam berminat la pulak.
Bukan ape sebab tiket die murah..RM10 tuk 2 filem ni..

Lagipon 'Telentime' ngan 'Skrip 7707' ni belum ditayangkan kat pawagam lagi..Kire ni first showing la as a promotion. Akak tu pulak pandai promote..

Kata die artis pon ade gak datang time tayangan 10&11 Mac ni. Dan disebabkan akak yang pandai berkate2 tu, aku and the gang beli 5 tiket terus.
Memang da tak pikir panjang dah time beli tu. Sape-sape yang berminat jugak nak tonton 2 filem ni boleh la tempah kat blog Lagi-lagi Filem (http://coldheartediceprincess.blogspot.com/).

Tayangan filem ni kat Dewan Seri Budiman, UiTM. Aku rase filem 'Talentime' tu macam best sebab die ala2 muzikal tapi cite yang lagi satu tu seram sket.
Ok lah..sape2 yang berminat sila dapatkan tiket as soon as possible sebab takut sold out..huhu

bUkaN suPerStaR

Andai aku Pasha Ungu
Semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
Kau yakin ngefans karena gua keren

Sexy badannya Mulan Jameela
Cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
Dekat denganku dialah aku

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
Ku ingin engkau mencintaiku apa adanya

Reff:
Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… haa haa haaa…
Haa haa haaa… haa haa haaa…

Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
Ku ingin engkau mencintaiku apa adanya

Back to Reff:

Kata orang ku mirip Glenn Fredly
Suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo

Jadi semua itu hanya mimpi
Ya iyalaah masya ya iya dong
Duren aja dibelah bukan dibedong

Back to Reff:

Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

~19 HADITH MENGENAI WANITA~

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

p/s:kaum hawa sangat beruntung sebab islam menyanjung tinggi golongan wanita

From:iloveislam.com

RAHSIA BULAN KELAHIRAN WANITA

Januari

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan,suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi.

Februari

Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius, berpesonaliti yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi

Mac

Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

April

Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu

Mei

Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros

Jun

Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

Julai

Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

Ogos

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan

September

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik

Oktober

Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat

November

Banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Disember

Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

sumber:jom layan

Answer to Wani

Kesian wani baru hari baru aku jawab tag die..huhuhu
Tag yang dulu tak sempat jawab
sori yer...hehehe

..::1. How old are you?::..
~21 tahun 11 bulan~

..::2.Are you single?::..
~Of course single lagi~ (uhuhu)

..::3.At what age do you think you’ll get married?::..
~bile dah sampai seru dan aku pun dah ready kawin laaa~

..::4.Do you think you’ll marrying the person you are with now?::..
~That person x de la masalahnye~

..::5.If not, who do you want to marry?::..
~The person who love me till he die~ (ewah)

..::6.Who will be your bridesmaid & bestman?::..
~Anybody can~

..::7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?::..
~urrrmm..memandangkan aku ni melayu tulen jadi aku lebih suka traditional (ala2 kampung gitu)~

..::8.Where do you plan to go on honeymoon?::..
~tak terpikir lagi..baru nak simpan duit g honeymoon~

..::9.How many guests do you think you’ll invite?::..
~Sape nak datang dipersilakan (no limit)~

..::10.Will that include your exes?::..
~Yes..nak tunjuk aku pun boley bahgie dgn org lain~ (hahaha)

..::11.How many layers of cake do you want?::..
~3 layers je..as a symbol 'i love u'~ (hehehe)

..::12.When do you want to get married, morning or evening?::..
~Depend to my future hubby~ (huhuhu)

..::13.Name the song/tune you’d like to plat at your wedding?::..
~Silent is better~

..::14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?::..
~Kapak lagi baek~

..::15.Champagne or red wine?::..
~Sky juice~ (awek muda)

..::16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?::..
~Everyday honeymoon~

..::17.Money or household items?::..
~both lagi baik~

..::18.How many kids would you like to have?::..
~Will be dicsuss later with my hubby~ (huhuhu)

..::19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?::..
~Of course la..tu kan kenangan terindah~

Gara-gara PR

Hari yang mencabar minda dan fizikal

Pegi Subang Jaya

Mangambil masa 2 jam

Aku sesat!

Semuanya gara-gara

Pn Badariah tuk subjek Pub Relation

Balik kolej dengan badan letih bangat

Hari yang membosankan

Hari-hari minggu sangat membosankan

Kerja bertimbun-timbun banyak

Tapi hati kata biar dulu

Bukan nak bertangguh

Tapi bagi masa untuk otak rehat

Maklumlah

Otak ni nak pakai lama lagi

Dalam2 nak rehat otak

Sempat lagi aku menghabiskan 5 movie

Since dari pagi tadi

Memang betul-betul relax ni


Senarai movie yang telah ditonton:

1. The prince and me
2. The prince and me 2
3. The prince and me 3
4. Wild Child
5. The curious case of Benjamin Button










adA apa dEngaN 'ValenTiNe'


Ada ape dengan valentine??

Mungkin bagi pasangan yang bercinta

Hari ni sangat di tunggu2 untuk

Bagi hadiah

Bawak pasangan makan2

Tengok movie together gether

Dan

Ade jugak sesetengah tu hari ni lah baru nak meluahkan rasa cinta

Sungguh mendasyatkan

Setahun sekali luah cinta

Only on 14 February!

Aduhh

Memang kesian sangat la kat pasangan tu

Bagi aku hari valentine ni same je dengan hari2 lain

Nothing special

Cuaca pun panas macam 'supe tule'

Nak kata 14 Feb akan keluar bunga2 dari langit

Memang mustahil lah

SO, its nothing special

Maybe untuk pasangan yang bercinta ade 'ong' sikit kot

Tapi kan bila di fikir2 kan balik

Kalo kita nak berkasih sayang or

Nak luah kata2 jiwang

Tak payah nak tunggu valentine pun tak pe

Hari-hari bulih buat

Dan hari2 jadi hari istimewa

Tapi, sebaik nye elakkan mengagunggkan valentine

Bagi orang Islam 14 Feb merupakan hari kejatuhan Islam di Spain

Berpada2 kalo nak menyambut nye

p/s: Selamat hari kekasih buat semua

~wAniTa & ciNtA~

Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hatinya.

Apabila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik berikan masa untuknya menenangkan hati sebelum anda meminta maaf.

Wanita sukar mencari benda yang dia benci mengenai orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).

Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Apabila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke matanya, dia akan cair seperti coklat!

Wanita memang sukakan pujian tetapi lazimnya tidak tahu macam mana hendak menerima pujian.

Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Apabila wanita sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada anda selepas ditolak cintanya, biarkannya untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan cara termudah mereka meluahkan perasaan.

Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka langsung tidak berguna.

Bersikap terlalu serius boleh mematikan selera wanita.

Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kegembiraan dan tidak sampai 10 minit, semua rakannya akan tahu berita berkenaan.

Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

Jika anda menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali diri anda dengan lebih mendalam.

Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali diajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat. Tetapi jika pada masa sama, dia menghubungi anda atau menunggu panggilan daripada anda, teruskan usaha memikatnya.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dirinya sendiri.

Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, mengapa tidak bertemu dengan lelaki itu lebih awal.

Kalau kamu masih tercari-cari cara paling romantik untuk memikat si gadis, rajinkan tangan menyelak buku cinta.

Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya kemudian barulah dirinya sendiri.

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

Satu ucapan 'hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak menawan kawan mereka yang paling cantik.

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

Senjata wanita adalah air mata!

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan. Mereka rasa terharu dan rasa dirinya dicintai setulus hati.

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat dan baik terhadapnya.

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

5&6 february

Bila tibe February
Teringat aku dekat
Hidayah n Apeas
my younger sis n bro
Dorang punye besday
yang ke 13 n 20
pada 5 & 6 Feruary
Wish u all happy bezdayy

Demam Denggi

Sekarang memang musim demam denggi. Member sekelas aku pun ada disyakki kena serang virus ni. Yang aku duk risau sekarang, aku takut aku yang terkena benda alah tu. Maklumlah dah seminggu aku demam, still tak reda lagi. Nak pergi klinik tak sempat dengan assignment bertimbun. Tapi setahu aku demam denggi biasa ni tak la seteruk denggi berdarah. Kalau denggi berdarah tu memang tak hidup lama la (kata sesetenggah orang). Kalau mengikut panduan kementerian kesihatan, simptom2 denggi salah satunya naik bintik-bintik merah kat badan dan di sertai dengan demam. Aku rasa aku tak ada lagi bintik-bintik merah tu. Tunggulah die naik dulu baru aku cari hospital. :P

 
TNB | Distributed by Deluxe Templates