Subscribe News Feed Subscribe Comments

perubahan terkini

I
sudah lama aku tidak mengupdate blog ini. sungguh sepi dan suram saja kelihatan. apakan daya tuntutan kerja lain membataskan aku untuk mengepost sesuatu di sini. sekiranya blog ini ada perasaan macam manusia, aku kira pasti dia akan merajuk. tapi perkara itu adalah mustahil dan aku tahu tidak akan pernah berlaku (sebab itu aku sanggup tinggalkan ia dengan begitu lama).

II
sekarang masaku lebih kepada untuk menjaga 'seorang bayi' yang seronok untuk di layan. banguntidonaktido mesti jenguk baby aku ni. kalau lama tak jenguk habis dia sepahkan laman dengan beribu notifications merah. sakit mata menengoknya. kenalah aku belai dia tiap2 hari. aktiviti aku dengan dia kadang2 sangat memboringkan sebab buat benda yang sama. kena balas komen gambar, komen status orang post new status dll. sampai satu tahap aku rasa nak je upah orang mintak tolong buat semua tu.

III
minggu-minggu terakhir kelas sangat membosankan. kelas ganti pula tak bersesuaian dengan waktu. benda-benda ni membuat aku melakukan tindakan yang sedikit kurang ajar. dalam minggu ini sahaja aku berjaya memontengkan diri 4 kelas. amazing kan. itu belum dikira yang mingu lepas punya. aku rasa lagi la banyak.

IV
untuk yang ke berapa kali entah, aku punya study leave dipotong. semuanya pasal emergency leave selsema babi bulan 7 hari tu. dan yang terkena tempiasnya ialah student macam aku ni. habis kelas terus jawab final. tak ada break langsung. terpaksa aku hadapi final dengan otak yang dah karan ni.

0 0comments:

 
TNB | Distributed by Deluxe Templates