aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu-dulu, masuk je bulan puasa dah sibuk2 cari kad raya. sekali beli bukan satu dua tapi banyak keping. untuk cikgu saje dah berapa keping tu tak termasuk member sekelas lagi. membeli kad raya salah satu aktiviti wajib time sekolah dulu. duit belanja sekolah memang dah simpan awal2 sebab nak shopping kad raya.
lepas beli kad raya sibuk pula minta alamat member2. konon nak bagi by pos la tapi last-last by hand juga. yela, sebab budget untuk beli setem dah habiskan untuk kad raya. kalau tulis dalam kad raya tak sah kalau tak tanya berapa pasang baju raya, kuih berapa jenis, balik kampung ke tak dan macam2 soalan pasal raya. untuk memebr2 baik, aku letakkan syiling lima puluh sen dengan seletape kononnya duit raya. dan si kawan tu mesti balas kad raya sekali dengan duit raya.
since aku dah besar sekarang ni, tradisi membeli dan menghantar kad raya sudah lama ditinggalkan. yang ada just ucapan raya. itu pun through sms je pada malam raya. masa malam raya handphone memang tak berenti bunyi dengan mesej. kadang-kadang line pon busy pada malam raya.
bila semua orang dah pandai main internet, kad raya versi elektronik pula wujud. dalam fb,fs,ms,ym,blog dll dah jadi tempat untuk ucap selamat hari raya. aku pon suka juga cara ni sebab ni cara yang paling jimat nak bagi ucapan. dan aku juga banyak terima ucapan raya kat internet ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 0comments:
Post a Comment