Subscribe News Feed Subscribe Comments

situasi sebelum balik kampung

1.
semalam aku tak boleh tidur lagi. panjat katil dah awal tapi mata ni still tak mahu lelap. pusing kanan, pusing kiri, meniarap, melentang dan macam2 aksi tidur aku dah buat untuk lelapkan mata.

pasang yasin through handphone pon susah nak lelap. selalu nya kalo aku pasang zikir or yasin, tak sampai separuh dah lelap. pelik betul mata semalam. nasib baik pukul 4 pagi si mata mengalah. lelap jugak akhirnya.

perasaan nak balik kampung. biasalah. semua benda tak jadi.

2.
seminggu dua ni perasaan malas makin menjadi2. buat benda semua malas. body ngan otak ni nak rilek je keje.

dan hari ni si malas aku menjadi lagi. ponteng kelas dr.N pukul 10 pg tadi tanpa rasa bersalah even kuota absent aku dah nak sampai tahap maximum. housemate pergi kelas, aku sambung tido balik. apenakbuatbilemalassukadekataku.

3.
aku tengok member2 aku rajin je buat assignment. aku pulak duk ngadap laptop je rajin. assignment bertimbun tapi boleh rilek + cool je duk surfing.hehe..

bukak cuti raya ni kene hantar report ib. tapi report tak jalan 1 lagi. kes law untuk presentation langsung tak sentuh. assignment project mpp tak cari lagi bahan. awal october ade test law ngan taxation. keje banyak tapi tak de perasaan nak buat..

4.
selalu nya b4 bukak puasa, pukul 5 dah start masak. tapi sekarang kul 6.30 baru gedek2 nak masuk dapur.

tak de mood langsung nak masak. nak kuar gi beli kat bazar lagi la malasnye.



setelah dikaji, perasaan2 kat atas ni tak akan berpanjangan. lepas balik raya ni ok la kot. :)
....kene ok la sebab lepas raya ni nak buat open house kat umah sewa pulak!

0 0comments:

 
TNB | Distributed by Deluxe Templates