Subscribe News Feed Subscribe Comments

sedihnye :'(




hari ni 1st time aku bukak puasa berdua dengan z.


member laen semua balik umah. sedih glew rase nak nangis... :'(


dah la aku tak de mood nak masak ptg ni. berbukak la dgn ape yang ade.


mak,, nak balik umah!
.
.
.
.
.
.
:'(

soppink raya

semalam aku pegi soppink kat jln tar. meriah giler wooo..baru seminggu puasa tapi orang da sesak bersoppink. nasib baik aku pegi masa da petang sikit tak de la panas sangat. orang2 jual kat situ pon dah ramai aku tengok. kalo duk sana rasa macam esok je dah nak raya. memang tersangat meriah dengan orang + barang2 yang dijual..baju2 raya yang dah jahit pon aku tengok cun2 blake. tapi aku tak de la borong sangat sebab seminggu sebelum puasa tu aku da borong dengan family aku. jadi semalam nafsu membeli tu kurang la sikit ( save budget ). just beli selendang dengan beg je.. yang lebih nye member aku la. lama sangat bersoppink, kiteorang terpaksa berbuka puasa tepi jalan je sebab tak sempat nak beli makanan. tu pon bukak dengan air mineral dengan keropok jln tar yg masin..kesian2..lepas dah reda sikit baru la kiteorang pegi cari makan kat kg baru...




...



sengal time kuar duit


"cantik2.."


test dulu b4 beli

z -> bergaya dgn baju raya idaman

bayar2

what the drama is about..?

"kurang la sikit mak cik.."

sibuk memilih selendang

makan kat tepi jln tar

berbuka dgn keropok yg masin
shasha -> tengah pilih sunglasses
muka letih lepas puas soppink


kekeyangan sampai bersandar kat kete





sejarah baru terbongkar

sejarah yang tercipta...


orang melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan melayu campur inggeris.

Ceritanya....

Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di tanah melayu, ada seorang melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu.

Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat."Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( bermaksud tipu ). Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" .

Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.




-> from syok.org

solat terawih & kelebihannya

selain pahala puasa yang boleh kita kutip, pahala solat terawih jugak boleh kita buat pada bulan ramadhan ni. try la simpan pahala pulak bulan puase ni.. :P


pada mereka2 yang masih tak tahu kelebihan solat terawih, meh aku critakan sikit..mana tahu kot2 lepas ni ase nak pi buat..hehe



kelebihan-kelebihan solat terawih :

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
:> Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
:> Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
:> Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
:> Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
:> Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
:> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
:> Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
:> Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
:> Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
:> Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
:> Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
:> Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
:> Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
:> Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
:> Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
:> Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
:> Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
:> Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
:> Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
:> Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
:> Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
:> Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
:> Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
:> Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
:> Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
:> Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
:> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
:> Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
:> Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
:> Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

selamat berpusa

tutup mata, bukak mata, dah bulan ramadhan. hari ni selamat satu hari puasa.

niway,,
kepada semua umat islam d dunia ni selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak.





p/s: mantapkan ibadah anda!

dah brape ari aku hidup dalam dunia stress sampai nak cabut pale rasa nye. ntah badi mane yang datang sampai buat aku macam ni. tatau la pe nak cakap...



tapi semalam pandai pulak penyakit S1N1 aku tu lari. agak nye die dah tahu kot aku nak pegi jalan. hahaha..pandai ko nyorok erk..



yang penting semalam aku sesangat hepi pegi jalan2 kat upsi sesambil cuci mata tengok cikgu2 ensome,,ganteng2 gitu..hehe




dan adat yang biasa pegi tempat orang >>> ambik gambarlah!










































this day

memang banyak pengajaran aku dapat ari ni.
semua nya tentang friendship. aku harap ape yang
terjadi ade hikmah di sebalik nye. ape yang berlaku biarlah
menjadi rahsia antara aku dan die..

just for man

whatever you give a women, she will make it greater

if you give her sperm,
she will give you a baby

if you give her a house,
she will give you a home

if you give her a groceries,
she will give you a meal

if you give her a smile,
she will give you her heart

she multiplies and enlarges what is given to her





petang ni aku nak g jalan2 beli baju raya dengan parents aku



kami mahu bergumbira!!







life

aku, mereka, dia, kami


kami *bergumbira*


kerja sekolah


toblerone yang dah cair


discussion + gossip


mereka *belajar*


berkemas nak balik


mencari jalan pulang



kehidupan aku,,
kami

dan..

mereka

beza,, memang berbeza

skunk ni macam2 benda dah berlaku kat m'sia ni. dulu aku ase aman damai je tapi skunk nak kuar umah pon kene jaga2. even kalo duduk dalam umah kita sendiri pon kene make sure pintu bertutup. kalo baca paper tu ari2 ade brite pasal rompak la, ragut la, rogol, pecah umah la dan macam2 lagi la.

kadang2 kes2 ni bukan skali 1 hari tapi boleh jadi 2,3 kes dalam 1 hari. aku heran la dengan orang *jamang* skunk ni, dorang ni tak takut ngan undang2 ke..yang paling teruk budak sekolah pon da pandai buat jenayah2 sumer ni. brani betul la dorang ni. kalo ikut kan salah sape erk..mak ayah dorang ke? cikgu2 dorang ke? tak tahu la nak jawab pe sebab dorang ni kadang2 dengan mak ayah pon boleh lawan (sampai ade 1 kes anak bunuh ayah) ape lagi kalo ngan cikgu2. lagi la dorang boleh kalahkan.

nak compare dengan zaman aku kecik dulu memang jauh beza sangat la. time skolah rendah, aku memang takut dengan cikgu sampai cikgu suruh berdiri atas kurusi pon sanggup. pernah 1 hari tu masa aku darjah 1. sebab tak dapat eja perkataan coklat dalam bi, aku kena berdiri. masa darjah 3 pulak, aku pernah kena buat kerja sekolah kat luar sebab tak siap kan homework. dan masa aku darjah 6, aku pernah ketuk atas jari dengan pemadam papan hitam yang kayu tu sebab salah tatabahasa (kalo x silap la). tapi, masa aku kena denda tu tak ade la pulak aku nak lawan ke hape ke. ikut jela ape cikgu nak buat. kalo kene hukum terima. kalo tak nasib baik..



tapi....
dengan dunia skunk,, memang sangat berbeza...


*jamang = zaman




:.. sekadar pemerhatian aku

tips berguna

kali ni aku nak masuk entri pasal nak cari calon suami. sape2 yang berminat boleh la baca. mana tahu kot2 lepas ni terus jumpa..hehe


1-bertanggungjawab serta sanggup mencurahkan rasa kasih dan sayang pada keluarga(m'punyai watak kepimpinan)
2-beraqal,berilmu,beriman dan beramal soleh
3-tinggi akhlak & keperibadiannya
4-Lemah lembut terhadap isteri
5-mencari nafkah dari sumber yg halal
6-memiliki peribadi yg boleh dijadikan teladan isteri
7-Pemaaf & mudah meminta maaf jika ia membuat kesilapan
8-berterima kasih atas pengorbanan isteri
9-Istiqamah dalam melayani isteri
10-bertolak ansur dgn isteri
11-Dihormati isteri tetapi bukan ditakuti isteri
12-Pandai bergurau senda & mengambil hati isteri.
 
TNB | Distributed by Deluxe Templates