Subscribe News Feed Subscribe Comments

'kefanatikkan'

di saat jari2 ku menekan keyboard, mata ini dah hampir tutup separuh. hari yang meletihkan dari pagi sampai malam. even jariku dibaluti bau bawang (sebab tadi kupas bawang) tapi ia masih aktif bila diletakkan di atas keyboard. sangat istimewa bukan!

walaupon mata ni dah warning lampu kuning (sambil menjeling katil di sebelah) tanda suruh naik ke tempat peraduan, tapi jari ini masih tak faham. ianya makin aktif sambil bukak new tab untuk facebook dan tv9 (mencari konsert idola kecil 2). sekarang ni aku agak fanatik dengan rancangan idola kecil kat tv9 tu. memang tersangat best. superb best! dan disebabkan tu, setiap kali surfing mesti wajib tengok gambar budak ik2. dorang ni matured n cute. dan disebab 'kefanatikkan' aku pada ik2, each concert yang ada kat youtube tu semua aku dah abis download! dasyat kan..
kat facebook pon aku join all their fan club. *tahap 'kefanatikkan tinggi* hehe..

ok,
mata dah warning lampu merah

so,
i should stop here



~malam ni nak mimpi sape yang akan tersingkir IK2 sabtu ni~

disember

im coming to update my blog for this month. rasa macam tak sampai hati pulak tengok kat collected event bulan disember only one. keseorangan tanpa pasangan! sadis hati ini..hukhuk..
anyway, aku akan menghabiskan the whole day of disember at my kampung since class will start on January. girangnya hati ini..*wink*

my activities on Disember 2009

17/12 - merajinkan diri untuk tolong my aunty kupas2 bawang for my cousin's wedding ceremony
18/12 - wedding ceremony
23/12 - family trip to Langkawi
31/12 - attend for another wedding ceremony

memerah idea utk entry ini

agak lama blog ini tak di update. untuk bulan november there is no entries. sampai dah banyak sesawang kat sini. environment pun dah tak seceria macam dulu. suram dan kelam, macam orang tengah berkabung. sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan di sini tapi setiap kali buka page posting, idea tu hilang tiba2. kesudahannya, sign out dari page blogger.

if we found someting more interesting we'll leave the older. dan memang itu yang berlaku sekarang ni. iye, aku dah teramat addict dengan fb. that's my new hobby. routine aku lepas bangun tido mesti on laptop and buka fb. hah, giler bukan? ianya berterusan sampai sekarang.

cerita kehidupan di rumah sangat membosankan. terasa rindu nak balik s.alam; nak attend class, dgr lecture, buat assignment and the most important thing nak hang out with my buddies.
petang tadi chat with my best fren, discuss aout result yg ntah bile akn keluar.

disember memang familiar dgn kenduri kawin. sampai kdg2 tu sehari sampai ada 2-3 kenduri kawin. hebat sangat ke bulan disember erk? bg yang duduk kat area pantai barat mungkin tak de masalah sangat kalo uat kenduri bulan 12. tapi yang bermasalah for the east cost people yang terpaksa buat kenduri dalam hujan. silap2 buat kenduri dlm air banjir. what to say? dah dieorang pilih disember, redah ajelah. same lah dgn kenduri sepupu aku yang mungkin akan menadah air dari langit next week.

delay

hari peperiksaan makin hampir tapi aku still enjoy. kesedaran sivik belum sampai. semalam berfoya-foya dekat putrajaya sampai pukul 2 pagi. asal nya plan nak pergi bukit cahaya nak bawa kawan dari melaka jalan-jalan. entah macam mana plan ke bukit cahaya di tukar ke putrajaya.

sampai sana round alamanda sekejap. makan2,beli belah then gerak ke perdana putra. sampai makan bekalan yang sengaja di bawa dari rumah. lepak2, posing-posing bergambar sampai tak sedar dah pukul 1.30 pagi. sebelum balik rumah lepak dekat attap minum-minum dulu. dalam pukul 2.30 baru balik rumah.

nak bangun pagi pun liat. nak study apa lagi. plan hari ni pula nak pergi jalan-jalan dekat puncak alam. baca buku nya entah bila. apa nak jadi...

perubahan terkini

I
sudah lama aku tidak mengupdate blog ini. sungguh sepi dan suram saja kelihatan. apakan daya tuntutan kerja lain membataskan aku untuk mengepost sesuatu di sini. sekiranya blog ini ada perasaan macam manusia, aku kira pasti dia akan merajuk. tapi perkara itu adalah mustahil dan aku tahu tidak akan pernah berlaku (sebab itu aku sanggup tinggalkan ia dengan begitu lama).

II
sekarang masaku lebih kepada untuk menjaga 'seorang bayi' yang seronok untuk di layan. banguntidonaktido mesti jenguk baby aku ni. kalau lama tak jenguk habis dia sepahkan laman dengan beribu notifications merah. sakit mata menengoknya. kenalah aku belai dia tiap2 hari. aktiviti aku dengan dia kadang2 sangat memboringkan sebab buat benda yang sama. kena balas komen gambar, komen status orang post new status dll. sampai satu tahap aku rasa nak je upah orang mintak tolong buat semua tu.

III
minggu-minggu terakhir kelas sangat membosankan. kelas ganti pula tak bersesuaian dengan waktu. benda-benda ni membuat aku melakukan tindakan yang sedikit kurang ajar. dalam minggu ini sahaja aku berjaya memontengkan diri 4 kelas. amazing kan. itu belum dikira yang mingu lepas punya. aku rasa lagi la banyak.

IV
untuk yang ke berapa kali entah, aku punya study leave dipotong. semuanya pasal emergency leave selsema babi bulan 7 hari tu. dan yang terkena tempiasnya ialah student macam aku ni. habis kelas terus jawab final. tak ada break langsung. terpaksa aku hadapi final dengan otak yang dah karan ni.

salam aidilfitri 2009

setiap kali hari raya, isi rumah aku mesti tak dapat tidur. bukan sebab tak sabar nak sambut 1 syawal tapi kene siapkan kerja2 kemas rumah. selalunya kiteorang akan start kemas dari luar rumah sampai ke dalam bilik. sebab tu ambik masa yang lama kalau mengemas bila time raya.

sesetengah orang tak berapa suka kalau mengemas last minute, tapi bagi kiteorang part last minute di malam raya is the best time untuk kemas. sambil2 kemas kiteorang akan pasang lagu raya. memang rasa meriah sakan.

ermm..by the way sempena hari raya ni aku nak minta maaf kepada semua pembaca blog aku, followers, kawan2 blogger dan sesiapa ang berkaitan dengan blog aku sekiranya penulisan aku di blog ni ada mengguris hati kamu semua.

selamat hari raya aidilfitri!

ucapan selamat hari raya

aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu-dulu, masuk je bulan puasa dah sibuk2 cari kad raya. sekali beli bukan satu dua tapi banyak keping. untuk cikgu saje dah berapa keping tu tak termasuk member sekelas lagi. membeli kad raya salah satu aktiviti wajib time sekolah dulu. duit belanja sekolah memang dah simpan awal2 sebab nak shopping kad raya.

lepas beli kad raya sibuk pula minta alamat member2. konon nak bagi by pos la tapi last-last by hand juga. yela, sebab budget untuk beli setem dah habiskan untuk kad raya. kalau tulis dalam kad raya tak sah kalau tak tanya berapa pasang baju raya, kuih berapa jenis, balik kampung ke tak dan macam2 soalan pasal raya. untuk memebr2 baik, aku letakkan syiling lima puluh sen dengan seletape kononnya duit raya. dan si kawan tu mesti balas kad raya sekali dengan duit raya.

since aku dah besar sekarang ni, tradisi membeli dan menghantar kad raya sudah lama ditinggalkan. yang ada just ucapan raya. itu pun through sms je pada malam raya. masa malam raya handphone memang tak berenti bunyi dengan mesej. kadang-kadang line pon busy pada malam raya.

bila semua orang dah pandai main internet, kad raya versi elektronik pula wujud. dalam fb,fs,ms,ym,blog dll dah jadi tempat untuk ucap selamat hari raya. aku pon suka juga cara ni sebab ni cara yang paling jimat nak bagi ucapan. dan aku juga banyak terima ucapan raya kat internet ni.



kad raya dari blogger farieyna
 
TNB | Distributed by Deluxe Templates